Si Meow Suka Tidur

Posted by Labels: at
Assalamualaikum Sayang,

Hari ni hujan turun mencurah-curah di kawasan Penang ni.Alhamdulillah hujan rahmat.
Si meow suka sangat tidur cuaca macam ni.
Tak terkecuali tuannya juga.Tapi apakan daya.Tuntutan kerja.Tak boleh la nak tiru macam meow.Hehe...



Saya pasti ramai peminat kucing kat sini kan? Dan bela macam-macam jenis kucing.
Persian, bengal, american short hair, british shot hair, savannah, exotic dan macam-macam lagi.

Setiap kucing yang kita bela ada keunikannya tersendiri. Jadi tak pelik kucing domestic pun ada peminatnya tersendiri.

Apabila kita sembang pasal kucing mesti kita perlu tahu perkara asas penjagaan kucing. Contohnya cara mandikan, bersihkan mata, telinga, kebersihan badan daripada kutu dan fungus, simptom-simptom penyakit dan lain-lain lagi.

Kalau kita dah melabur wang yang banyak untuk kucing kita, sebaiknya perkara asas ni patut kita ambil tahu. Supaya kita ada pengetahuan sekiranya kejadian yang tak diingini berlaku pada kucing.

Jika kelapangan saya akan kongsi perkara asas dalam penjagaan kucing pada entri akan datang. Ok.Bai.

Catat Ulasan

Back to Top