Jimat Wang Mandikan Kucing Di Rumah

Posted by Labels: at


Kucing merupakan haiwan peliharaan yang suka bermain dan memiliki sifat manja secara umumnya. Semestinya kita perlu memastikan kucing yang kita bela berada dalam keadaan bersih. Ianya bukan sahaja dapat mengelakkan kucing anda daripada sebarang penyakit, malah kita sendiri akan rasa lebih yakin untuk membelainya selari dengan sifat kucing yang suka dibelai.

Namun begitu, kita perlu mengeluarkan wang ringgit untuk menghantar kucing-kucing ke petshop untuk grooming.

Apa kata kita cuba mempelajari cara-cara mandikan kucing di rumah. Ianya cukup mudah dan menjimatkan wang ringgit.

Untuk memandikan kucing di rumah, kita perlukan menyediakan beberapa persiapan serta peralatan mandi.

Peralatan mandi kucing:
1. Bekas/ besen yang sesuai
2. Syampu mandian kucing
3. Putik kapas
4. Tuala
5. Baby oil
6. Pemotong kuku
7. Blower/ hairdryer

Langkah-langkah:
1. Bersihkan kotoran seperti najis yang melekat pada bulk atau kuku

2. Bersihkan telinga dengan putik kapas yang diletak baby oil. Bersihkan perlahan-lahan. Pastikan putik kapas tidak masuk terlalu dalam yang akan menyebabkan luka dan rosak gegendang telinga.

3. Potong kuku sedikit di bahagian hujung. Jangan sampai terkena di kawasan yang terdapat salur darah.

4. Setelah selesai, siap sedia air suam untuk mulakan mandian

5. Sebelum itu, pastikan kedua-dua telinga kucing ditutup untuk agar air tidak masuk.

6. Masukkan kucing ke dalam bekas yang berisi air suam perlahan-lahan bermula dari kaki. Lalu usapkan badan dengan air tersebut sehingga rata.

7. Ratakan syampu dengan sikat dan gosok sehingga menyeluruh.

8. Perhatikan sekiranya terdapat kesan luka pada badan atau telinga. Bersihkan kawasan tersebut daripada gigitan kutu dan hama.

9. Seterusnya bilas kucing dengan bersih. Pastikan tiada sisa sabun yang terlekat pada bulu. Ini kerana kucing akan menjilat bulu yang ada kesan racun dari sabun tersebut.

10. Keringkan bulu kucing dengan blower/hairdryer. Pastikan bulu betul- betul kering. Sekiranya masih lembap dikhuatiri terkena jangkitan kulat.

Setakat ini dulu perkongsian daripada admin.Baii..
Catat Ulasan

Back to Top