Kucing Haiwan Yang Pemalas?

Posted by Labels: at
Salam sayang dari Kucing Otai,

Berapa jam anda tidur malam tadi? 8 jam biasanya kan? Ada juga yang tidur hanya 4 jam sehari atas sebab urusan kerja. Tapi suatu yang luar biasa kalau anda tidur melebihi 10jam sehari.

Namun ianya suatu kebiasaan bagi seekor kucing. Haiwan ini memerlukan waktu tidur 15jam - 20 jam sehari.



Adakah mereka dalam kategori haiwan pemalas? Tidak. Sebenarnya mereka perlukan rehat yang berkualiti untuk meningkatkan kesihatan dan keaktifan seharian. Contohnya deria penglihatan dan pemdengaran kucing sangat tajam.Mereka perlukan rehat secukupnya untuk mengekalkan keupayaan memburu dan beraktiviti.

Peringkat umur kucing mempengaruhi jumlah waktu tidur seharian. Anda akan lihat anak kucing yang baru lahir akan tidur sepanjang hari sepanjang 2 minggu pertama. Dan akan normal apabila menginjak dewasa. Apabila berumur 7 tahun, jumlah waktu tidur akan kembali sama macam anak kucing yang baru lahir. Ini adalah kerana faktor usia.

Selain itu, walaupun mereka sedang nyenyak tidur,anda pasti perasan telinganya bergerak-gerak.Atau hidungnya kembang kempis. Ini kerana kucing sentiasa bersiap sedia daripada ancaman walaupun ketika tidur. Tak dinafikan kucing juga bermimpi dan mengigau macam manusia sewaktu tidur. Anda boleh lihat mereka tidur sambil mencakar-cakar, mulut bergerak-gerak dan macam-macam aksi lagi.

Usah mengusik kucing anda sewaktu mereka tidur kerana ia akan mengganggu kualiti tidur mereka.

Jumpa lagi.Baii..

Catat Ulasan

Back to Top