Kucing Anda Demam? Ketahui Cara-Cara Tangani Masalah Ini

Posted by Labels: at
Assalamualaikum sayang semua pencinta kucing,

Kucing otai nak tanya. Kucing anda pernah mengalami demam,badan panas tak? Mesti jadi gelabah kalau jadi tengah malam buta. Klinik veterinar pun tutup.


Di sini admin nak berkongsi sedikit berkenaan masalah ni. Sebaiknya kita tahu serba sedikit untuk kes-kes macam ni.

Biasanya kucing demam akan mengalami peningkatan suhu badan berlebihan seperti juga yang berlaku pada manusia. Ini kerana badan kucing akan melawan virus penyakit. Suhu normal kucing dalam julat 37.7c - 39.1c. Sekiranya suhu badan mereka melebihi paras normal bermakna mereka mengalami masalah kesihatan seperti demam.

Kucing boleh terkena penyakit demam disebabkan oleh beberapa faktor seperti imunisasi badan menurun, alergi dengan ubat dan virus penyakit.

Saya kongsikan beberapa tips untuk mengatasi demam:

1. Mengurangkan Suhu Badan

Salah satu cara untuk mengurangkan simptom demam adalah anda boleh halakan kipas ke arah kucing tersebut. Sekiranya rumah anda ada penghawa dingin, juga bagus untuk kurangkan suhu badan mereka. Suhu badan akan normal dan mempercepatkan lagi kucing untuk kembali sihat.

2. Minum Air Putih Secukupnya

Kucing demam akan mengalami pengurangan air dalam badan dengan cepat. Ini dipanggil dehidrasi. Anda perlu memastikan air diberi secukupnya. Cara paling mudah hanya dengan menggunakan picagari. Walaupun mereka menolak, anda perlu memaksa untuk mereka minum.

3. Memberi Supplement Tenaga Dan Vitamin B

Kucing demam biasanya kurang berselera untuk makan. Supplement tenaga membantu kucing untuk lebih bertenaga akibat dari hilang selera makan. Manakala vitamin B lebih kepada untuk meningkatkan selera makan.

4. Memberi Minum Ubat Anti Demam

Anda boleh dapatkan bekalan ubatan di klinik veterinar atau farmasi berdekatan. Antara ubat yang bagus untuk mengatasi demam ialah tolfenamic acid, meloxicam dan amoxycilin.

Semoga sedikit perkongsian dari saya ni dapat membantu anda menangani kucing demam.

1 ulasan:

  1. ohh baru tahu bila kucing sakit macam mana. saya dekat rumah tak letak dalam sangkar kucing

    BalasPadam

Back to Top