Ketahui Cara Untuk Menggemukkan dan Melebatkan Bulu Kucing Anda

Posted by Labels: at

Admin rasa anda juga bersetuju jika admin katakan semua pencinta kucing sangat sukakan kucing mereka yang gemuk dan berbulu lebat.Ia bukan saja nampak lucu malah boleh menggembirakan anda ketika penat pulang dari tempat kerja.

Bukan sahaja kucing berbaka mahal, kucing kampung sekalipun pasti akan menjadi tarikan sekiranya memiliki tubuh yang montel dan berbulu lebat dan sihat.

Admin nak kongsikan beberapa tips untuk pastikan kucing anda gemuk dan berbulu lebat.

1. Memberi Makanan Yang Sihat

Aspek pemakanan memainkan peranan penting bagi memastikan kucing sentiasa sihat. Anda boleh campurkan makanan kering biskut dengan wetfood untuk menambahkan selera makan kucing anda.

Selain itu anda boleh bagi daging mentah sekali sekala dan juga isi ayam rebus. Selera makan kucing akan bertambah dan akan menggemukkan lagi kucing anda. And a perlu melabur sedikit wang untuk keperluan ini.

Bagaimanapun,anda diingatkan supaya tidak memberi makanan yang bergaram.Ini kerana kandungan makanan yang bergaram akan menyebabkan bulu kucing anda gugur dengan banyak.

Kucing yang sentisa berada dalam keadaan stress juga akan menyebabkan bulu gugur.

2. Memberi Vitamin

Vitamin seperti minyak ikan atau omega bukan sahaja bermanfaat kepada manusia. Malah ianya sangat bagus untuk mencantikkan bulu kucing. Anda boleh lihat kesannya setelah diberikan vitamin. Anda boleh dapatkan di kebanyakan petshop di sekitar anda. Cara untuk memberi makan cukup mudah.Anda hanya perlu mencampurkan ke dalam makanan kucing.

3. Vaksin

Anda perlu memberi vaksin untuk kucing secara berjadual. Ini bagi memastikan kucing sentiasa sihat dan tidak mudah sakit.

Ini sahaja perkongsian admin untuk kali ini.Semoga bermanfaat.
Catat Ulasan

Back to Top